Resume Buku Tahafut al-Tahafut Menjawab Tahafut al-Falasifah
Tahafut al-Tahafut menjawab Tahafut al-Falasifah
Imam al-Ghazali (m.1111M) dalam bukunya Tahafut al-Falasifah menyimpulkan bahawa ahli-ahli falsafah (Islam) telah tersesat dalam tiga perkara:
1. alam ini qadim, tidak mempunyai permulaan dalam zaman.
2. Tuhan tidak mengetahui perincian yang terjadi di alam.
3. tiada pembangkitan jasmani.
Ibn Rusyd (1126-1198M) dalam bukunya Tahufut al-Tahafut memberi jawapan berikut terhadap kritik-kritik Al-Ghazali yang diuraikan dalam Tahafut al-Falasifah itu.
1. Alam qadim
Mengenai masalah pertama tentang qidamnya alam, alam tidak mempunyai permulaan dalam zaman. Konsep al-Ghazali bahawa alam hadis, alam mempunyai permulaan dalam zaman, menurut Ibn Rusyd mengandung erti bahawa ketika Tuhan menciptakan alam, tidak ada sesuatu di samping Tuhan. Tuhan, dengan kata lain, pada ketika itu berada dalam kesendirianNya. Tuhan menciptakan alam dari tiada atau nihil.
Konsep serupa ini, kata Ibn Rusyd (gambar patungnya seperti yang terdapat di Cordova di kiri), tidak sesuai dengan kandungan al-Qur'an. Di dalam al-Qur'an digambarkan bahawa sebelum alam diciptakan Tuhan, telah ada sesuatu di sampingNya. Ayat Quran 11:7 umpamanya antara lain mengatakan: Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, dan takhtaNya di atas air... Jelas disebut di dalam ayat ini bahawa ketika Tuhan menciptakan langit dan bumi telah ada di samping Tuhan, air. Ayat 41:11 pula menyebut: Kemudian Dia beralih ke penciptaan langit sewaktu ia masih merupakan wap.
Di sini yang ada di samping Tuhan adalah wap, dan air serta wap adalah satu. Selanjutnya ayat 21:30 mengatakan pula: Apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi (pada mulanya) adalah satu dan kemudian Kami pisahkan. Kami jadikan segala yang hidup dari air. Ayat ini mengandung erti bahawa langit dan bumi pada mulanya berasal dari unsur yang satu dan kemudian menjadi dua benda yang berlainan. Dengan ayat-ayat serupa inilah Ibn Rusyd menentang pendapat al-Ghazali bahawa alam diciptakan Tuhan dari tiada dan bersifat hadis dan menegaskan bahawa pendapat itu tidak sesuai dengan kandungan al-Qur'an. Yang sesuai dengan kandungan al-Qur'an sebenarnya adalah konsep al-Farabi, Ibn Sina dan para ahli falsafah yang lain.
Di samping itu, kata khalaqa di dalam al-Qur'an, kata Ibn Rusyd, menggambarkan penciptaan bukan dari "tiada", seperti yang dikatakan al-Ghazali, tetapi dari "ada", seperti yang dikatakan ahli-ahli falsafah. Ayat 23:12 menjelaskan: Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dari saripati tanah. Manusia di dalam al-Qur'an diciptakan bukan dari "tiada" tetapi dari sesuatu yang "ada", iaitu intisari tanah seperti disebut dalam ayat di atas. Falsafah memang tidak menerima konsep penciptaan dari tiada (creatio ex-nihilo). "Tiada", kata Ibn Rusyd tidak boleh berubah menjadi "ada". Yang terjadi ialah "ada" berubah menjadi "ada" dalam bentuk lain. Dalam hal bumi, "ada" dalam bentuk materi asal yang empat dirubah Tuhan menjadi "ada" dalam bentuk bumi.
Demikian juga langit. Yang qadim adalah materi asal. Adapun langit dan bumi susunannya adalah baru (hadis). Qadimnya alam, menurut penjelasan Ibn Rusyd tidak membawa kepada politeisme atau ateisme, kerana qadim dalam pemikiran falsafah bukan hanya bererti sesuatu yang tidak diciptakan, tetapi juga bererti sesuatu yang diciptakan dalam keadaan terus menerus, mulai dari zaman tidak bermula pada masa lampau sampai ke zaman tidak berakhir pada masa mendatang. Jadi Tuhan qadim bererti Tuhan tidak diciptakan, tetapi adalah pencipta dan alam qadim bererti alam diciptakan dalam keadaan terus menerus dari zaman tidak bermula ke zaman tidak berakhir. Dengan demikian sungguhpun alam qadim, alam bukan Tuhan, tetapi adalah ciptaan Tuhan.
Bahawa alam yang terus menerus dalam keadaan diciptakan ini tetap akan ada dan baqin digambarkan juga oleh al-Qur'an. Ayat 14:47-8 menyebut: “Maka janganlah kamu menyangka bahawa Allah akan mengingkari janjiNya kepada rasulNya. Sesungguhnya Allah Maha Mulia serta memiliki pembalasan.” Pada hari ketika bumi ditukar dengan bumi yang lain dan (demikian juga) langit. Pada hari perhitungan atau pembalasan nanti, tegasnya pada hari kiamat, Tuhan akan menukar bumi ini dengan bumi yang lain dan demikian pula langit sekarang akan ditukar dengan langit yang lain.
Konsep ini mengandung erti bahawa pada hari kiamat bumi dan langit sekarang akan hancur susunannya dan menjadi materi asal api, udara, air dan tanah kembali dan dari empat unsur ini Tuhan akan menciptakan bumi dan langit yang lain lagi. Bumi dan langit ini akan hancur pula, dan dari materi asalnya akan diciptakan pula bumi dan langit yang lain dan demikianlah seterusnya tanpa kesudahan. Jadi pengertian qadim sebagai sesuatu yang berada dalam kejadian terus menerus adalah sesuai dengan kandungan al-Qur'an.
Dengan demikian al-Ghazali tidak mempunyai argumen kuat untuk mengkafirkan ahli-ahli falsafah dalam falsafah mereka tentang qadimnya alam. Kedua-duanya, kata Ibn Rusyd, iaitu pihak al-Farabi dan pihak al-Ghazali sama-sama memberi tafsiran masing-masing tentang ayat-ayat al-Qur'an mengenai penciptaan alam. Yang bertentangan bukanlah pendapat ahli-ahli falsafah dengan al-Qur'an, tetapi pendapat ahli-ahli falsafah dengan pendapat al-Ghazali.
2. Tuhan tidak mengetahui perincian
Mengenai masalah kedua iaitu Tuhan tidak mengetahui perincian yang terjadi di alam, Ibn Rusyd menjelaskan bahawa ahli-ahli falsafah tidak pernah mengatakan demikian. Menurut mereka Tuhan mengetahui perinciannya; yang mereka persoalkan ialah bagaimana Tuhan mengetahui perincian itu. Perincian berbentuk materi dan materi dapat ditangkap pancaindera, sedang Tuhan bersifat immateri dan tidak mempunyai pancaindera.
3. Pembangkitan jasmani
Dalam hal pembangkitan jasmani, Ibn Rusyd menyatakan bahawa ahli-ahli falsafah Islam tidak menyebut hal itu. Dalam pada itu beliau melihat adanya pertentangan dalam ucapan-ucapan al-Ghazali. Di dalam Tahafut al-Falasifah beliau menulis bahawa dalam Islam tidak ada orang yang berpendapat adanya pembangkitan rohani saja, tetapi di dalam buku lain ia mengatakan, menurut kaum sufi, yang ada nanti hanyalah pembangkitan rohani dan pembangkitan jasmani tidak ada.
Dengan demikian menurut Ibn Rusyd, al-Ghazali juga tidak mempunyai argumen kuat untuk mengkafirkan ahli-ahli falsafah dalam pemikiran tentang tidak tahunya Tuhan tentang perincian di alam ini dan tidak adanya pembangkitan jasmani. Ini bukanlah pendapat para ahli falsafah tetapi kelihatannya adalah kesimpulan yang ditarik al-Ghazali dari falsafah mereka.
Dalam itu Ibn Rusyd, sebagaimana ahli-ahli falsafah Islam yang lain, menegaskan bahawa antara agama dan falsafat tidak ada pertentangan, kerana kedua-duanya membicarakan kebenaran, dan kebenaran tidak berlawanan dengan kebenaran. Kalau penelitian akal bertentangan dengan teks wahyu dalam al-Qur'an maka diguna takwil; wahyu diberi erti majazi. Makna takwil ialah meninggalkan makna lafzi untuk pergi ke makna majazi. Dengan kata lain, meninggalkan makna tersurat dan mengambil makna tersirat.
Lain-lain :Qoute Marxis Romantisme
Link : GSA (Gerakan Sosialis Asmara)

butuh dana cuma bermodal 10.000 mari gabung di poker terpercaya hanya di WWW.FANSPOKER.COM
ReplyDelete|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||